Pengubahsuaian yang perlu kebenaran JPJ

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ

Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ.

Contohnya:-

Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
Pengubahan ke atas sistem brek.
Pengubahan ke atas sistem steering.
Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
Penukaran enjin.
Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengarah,
Bahagian Kejuruteraan Automotif,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 Putrajaya.

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-

Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti. Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.
Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.

MPV Elit PDRM (EVO-X)


Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis
Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit.

Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1 - CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM.

Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin.

Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Spesifikasi berat tanpa muatan Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98).

Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.

Bagi memantapkan lagi Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

Latihan pemanduan khas Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.

Kerja-kerja pemasangan aksesori tambahan PDRM di Bengkel Pasukan Gerakan Khas

Evo-X, Kod enjin- 4B11 MIVEC, jenis enjin - DOHC 16 valve Mivec Intercoler Turbocharged

Juruteknik membuat kerja-kerja pemasangan set radio Motorola XTL 5000


Pendawaian baru untuk sistem C4i

Pandangan Evo-X dari belakang

Pandangan hadapan Evo-X

Pandangan Evo-X dari sisi. Pelekat adalah mengikut rekabentuk baru dari Cawangan Penyelidik/Pembangunan PDRM dan kenderaan ini juga dikenali sebagai Helang Lebuhraya Polis

Pandu uji oleh mantan pedana menteri Malaysia.

Sepang Drag Battle 2010

Venue : Sepang International Circuit

ROUND
TARIKH
1
20th February
2
8th May
3
24th July
4
30th October
5
2oth November